Pada
5.10.2016 telah berlangsung satu pameran berkenaan dengan pendedahan nuklear di foyer perpustakaan kepada pelajar UUM. Objektif utama pemeran ini diadakan
supaya pelajar dapat mengetahui kesan akibat penggunaan nuklear kepada dunia
dan membantu bersama-sama menghapuskan teknologi nuklear di dunia. Selain itu
pameran ini juga bertujuan memperluaskan sokongan terhadap penghapusan terhadap
penggunaan senjata nuklear. Sesungguhnya, teknologi nuklear memberi lebih
banyak keburukan daripada kebaikan.
Antara maklumat yang
kami perolehi daripada pameran tersebut di mana pegawai pameran kami memberitahu
kami Rusia merupakan salah satu negara bersenjata nukler sah yang dimiliki
simpanan sejata pemusnah besar-besaran yang terbanyak di dunia. Rusia juga
merupakan salah satu negara bersenjata nuklear sah yang memiliki simpanan
senjata pemusnah besar-besaran yang terbanyak di dunia. Manakala, India
merupakan negara yang memiliki paling peledak nuklear di dunia. Pegawai pemeran juga
menjelaskan terdapat 12 cabaran yang perlu dihadapi oleh penduduk dunia jika
senjata nuklear terus digunakan.
Antara 12 cabaran tersebut termasuklah cabaran
kemanusiaan, cabaran alam sekitar, cabaran perubatan, cabaran ekonomi, cabaran
hak asasi manusia, cabaran tenaga, cabaran saintifik, cabaran politik, cabaran
keselamatan, cabaran generasi, cabaran jantina dan cabaran kerohaniaan. Pada masa
yang sama, pegawai yang menjaga pameran itu mengatakan bahawa hampir 60%
generasi muda tidak tahu akan kesan penggunaan nuklear dan mereka juga tidak
tahu mengambil tahu akan kesan penggunaan nukelar dan mereka juga tidak
mengambil berat tentang isu ini. Soka Gakkai International (SGI), International
Campaign to Abolish Nuclear Weapons (ICAN), Stockholm International Peace
Research Intitute (SIPRI) dan Democtatic Control of Armed Forces (DCAF)
merupakan pihak yang sering berusaha dalam menjalani aktiviti-aktiviti anti
penggunaan senjata nuklear . SGI adalah salah satu organisasi yang secara aktif
menggalakkan keamanan, budaya, dan pendidikan melalui perubahan dan sumbangan
sosial.
Pandangan kami, sememangnya penggunaan tenaga nuklear memberi
kebaikan dan keburukan kepada kita semua.
Jika dilihat dari sudut pandangan positif, tenaga nuklear memainkan
peranan penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Dengan adanya loji kuasa nuklear, negara juga
dapat menjimatkan kos penjanaan elektrik kerana penggunaan logi kuasa nuklear
lebih rendah berbanding tenaga yang lain.
Namun begitu, sekiranya berlaku kebocoran bahan radioaktif di logi
nuklear, ia akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat seperti menghidap
kanser otak.
Oleh itu, kita tidak dapat menolak hakikat bahawa tenaga nuklear
ini akan menjadi popular pada masa hadapan, tetapi bagi pandangan kami kesan
buruk yang berlaku kepada manusia menyebabkan kita tidak lagi menilai akan
kebaikan penggunaan tenaga nuklear ini, sebaliknya melihat ia sebagai satu
perkara yang dasyat. Kita sebagai seorang manusia haruslah mempelajari sejarah akibat penggunaan
nuklear supaya perkara yang lama tidak diulangi lagi dimana menyebabkan jutaan
manusia yang tidak bersalah terkorban akibat ledakan bom nuklear di Hiroshima
dan Nagasaki yang mana sampai ke hari ini masih mempunyai kesan akibat nuklear. Oleh itu masyarakat
antarabangsa harus bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa untuk
mengelakkan peperangan berlaku dan mengehadkan penggunaan tenaga nuklear supaya
tidak menjejas kehidupan kita dan alam sekitar pada masa akan datang.
Nice info
ReplyDeleteNice info
ReplyDeleteterima kasih nurul fatihah
Delete