Saturday, 8 October 2016

Pameran Kesedaran Tentang Nuklear

Pada 5.10.2016 telah berlangsung satu pameran berkenaan dengan pendedahan nuklear di foyer perpustakaan kepada pelajar UUM. Objektif utama pemeran ini diadakan supaya pelajar dapat mengetahui kesan akibat penggunaan nuklear kepada dunia dan membantu bersama-sama menghapuskan teknologi nuklear di dunia. Selain itu pameran ini juga bertujuan memperluaskan sokongan terhadap penghapusan terhadap penggunaan senjata nuklear. Sesungguhnya, teknologi nuklear memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
            Antara maklumat yang kami perolehi daripada pameran tersebut di mana pegawai pameran kami memberitahu kami Rusia merupakan salah satu negara bersenjata nukler sah yang dimiliki simpanan sejata pemusnah besar-besaran yang terbanyak di dunia. Rusia juga merupakan salah satu negara bersenjata nuklear sah yang memiliki simpanan senjata pemusnah besar-besaran yang terbanyak di dunia. Manakala, India merupakan negara yang memiliki paling  peledak nuklear di dunia. Pegawai pemeran juga menjelaskan terdapat 12 cabaran yang perlu dihadapi oleh penduduk dunia jika senjata nuklear terus digunakan.
            Antara 12 cabaran tersebut termasuklah cabaran kemanusiaan, cabaran alam sekitar, cabaran perubatan, cabaran ekonomi, cabaran hak asasi manusia, cabaran tenaga, cabaran saintifik, cabaran politik, cabaran keselamatan, cabaran generasi, cabaran jantina dan cabaran kerohaniaan. Pada masa yang sama, pegawai yang menjaga pameran itu mengatakan bahawa hampir 60% generasi muda tidak tahu akan kesan penggunaan nuklear dan mereka juga tidak tahu mengambil tahu akan kesan penggunaan nukelar dan mereka juga tidak mengambil berat tentang isu ini. Soka Gakkai International (SGI), International Campaign to Abolish Nuclear Weapons (ICAN), Stockholm International Peace Research Intitute (SIPRI) dan Democtatic Control of Armed Forces (DCAF) merupakan pihak yang sering berusaha dalam menjalani aktiviti-aktiviti anti penggunaan senjata nuklear . SGI adalah salah satu organisasi yang secara aktif menggalakkan keamanan, budaya, dan pendidikan melalui perubahan dan sumbangan sosial.
Pandangan kami, sememangnya penggunaan tenaga nuklear memberi kebaikan dan keburukan kepada kita semua.  Jika dilihat dari sudut pandangan positif, tenaga nuklear memainkan peranan penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.  Dengan adanya loji kuasa nuklear, negara juga dapat menjimatkan kos penjanaan elektrik kerana penggunaan logi kuasa nuklear lebih rendah berbanding tenaga yang lain.  Namun begitu, sekiranya berlaku kebocoran bahan radioaktif di logi nuklear, ia akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat seperti menghidap kanser otak.
Oleh itu, kita tidak dapat menolak hakikat bahawa tenaga nuklear ini akan menjadi popular pada masa hadapan, tetapi bagi pandangan kami kesan buruk yang berlaku kepada manusia menyebabkan kita tidak lagi menilai akan kebaikan penggunaan tenaga nuklear ini, sebaliknya melihat ia sebagai satu perkara yang dasyat. Kita sebagai seorang manusia haruslah mempelajari sejarah akibat penggunaan nuklear supaya perkara yang lama tidak diulangi lagi dimana menyebabkan jutaan manusia yang tidak bersalah terkorban akibat ledakan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki yang mana sampai ke hari ini masih mempunyai kesan akibat nuklear. Oleh itu masyarakat antarabangsa harus bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa untuk mengelakkan peperangan berlaku dan mengehadkan penggunaan tenaga nuklear supaya tidak menjejas kehidupan kita dan alam sekitar pada masa akan datang.
 

3 comments: